Monday, 4 September 2017

Jawatan Kosong Terkini

Senarai Jawatan Kosong Terkini September 2017:




Perkenalan Pertama Bunny

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.. 


Ini merupakan pengalaman yang pertama memelihara binatang berbangsa ARNAB. Sebelum ni aku terlalu minat dengan kucing, sejak kecil sampai la sesuatu ketika. Anggaran 20+- tahun bersama dengan kucing dan pelbagai jenis kucing aku pelihara samada kucing berbulu biasa atau bulu lebat. Sehingga kini aku masih terkilan  dengan kehilangan kucing tersayang iaitu si Meow kucing paling manja yang pernah aku pelihara. 

Ini gambar si meow kesayanganku (dalam kenangan).

Aku harap aku dapat move on dan aku cuba menukar minatku untuk memelihara arnab. Dan sekarang aku dah beli sekor arnab berketurunan mini rex. Tanpa sengaja aku jatuh cinta dengan kecomelan arnab dan bulu dia ya ampun banggg lembut sangat macam karpet. Aku panggil si arnab ni sebagai Bit. 


Bit si bunny pertamaku.

Diawal minggu yang pertama aku pelihara Bit, dia agak awkward and xberapa pandai memanjat mungkin sebab tuan lama Bit hanya letak dalam sangkar yang kurang besar. So, aku hanya perhati je peragai awal dia sebab aku pn first time dengan natang ni. Hari kedua aku cuba lepas Bit ni keluar dari sangkar, ya ampunnn itu anak betapa suka dan galaknya si Bit ni. Lompat situ lompat sini sambil hentak kaki belakang dengan kuatnya. Aku ingatkan dia sakit kaki ke apa, so aku decide nak buat research sikit pasal arnab, aku terjumpa la entry seseorang ni mengatakan bahawa si arnab kalau terlampau suka dia akan hentak kaki. So, hari2 awal ni si Bit hanya bermain berdekatan dengan sangkar dia. Selepas 4 hari, Bit mula menjelajah ke tempat lain, Bit cuba perhatikan sekeliling dapurku(nasib luas). Bit ni agak bagus jugak la sebab dia kurang “membuang” merata, Bit hanya pergi kat sangkar dia untuk uruskan hajat dia. Pernah juga Bit cuba naik ke ruang tamu mungkin sebab dia tengok aku selalu kearah tu so mungkin dia terasa ingin tahu apa ada kat situ. 

Sangkar si Bit dengan tambahan sedikit tempat bermain/memanjat.

Bab makan tak payah cakap la, memang kaki makan la si Bit ni dan mana2 arnab pun sama je terutama waktu malam. Tidur disiang hari, malam berjaga dan tentunya tak ada kerja lain selain makan makan dan makan. Makanan terbaik ialah pellet (GoldCoin) dan rumput Alfalfa Hay bagi yang bawah umur 6 bulan. Bit ni baru umur 2 bulan sebenarnya. Buat masa ni terpaksa bagi makan pellet biasa sebab tak menyempat nak keluar beli GoldCoin. Kesian Bit. Sebelum ni aku ada buat research jugak pasal warna air kencing arnab. So, sekarang warna air kencing Bit warna putih (masih normal). Seingat aku warna yang kurang elok warna hitam, merah, oren dll (maaf andai salah). So, sekarang aku tengah tunggu Alfalfa Hay sampai by pos sebab sekarang cuti raya AidilAdha, pos tengah cuti sakan.  Sementara tunggu Alfalfa Hay sampai, aku bagi Bit makan rumput belakang rumahku dengan cara layukan (matahari) sedikit sebab kebanyakan sayur ni air dia banyak.
 
Gold coin pallet untuk arnab (terbaik). #sumbergoogle

Alfalfa Hay.  #sumbergoogle

 Byeeeee.